QASHA di ceduk dari nama bapa pengasas Qasha Couture iaitu nama Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad. Demi mengenangkan jasa arwah QC melorekkan nama Akashah ke QASHA. Pengasas Telekung Qasha ,Datin Hajah Azilah Akashah, menubuhkan Qasha pada Mac 2008 di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Terkenal dengan pakaian-pakaian muslimah lelaki, perempuan & kanak-kanak. Beliau mempunyai kemahiran menjahit. Semua pakaian adalah rekaan belaiu sendiri dan setiap koleksi Telekung Qasha adalah “Limited Edition“. Kebanyakkan koleksi pada masa itu adalah bahan kapas, kassa, linen, chiffon, sutra Thai dan Malaysia.

Pada 2012, Telekung Qasha berpindah ke Seri Bangi Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Kami menerima pelbagai tempahan
jahitan seperti baju kurung, kebaya, baju melayu dan jubah. Namun keadaan tidak menyebelahi, banjir telah melanda butik di Seksyen 8 pada tahun 2013 & 2014 dan segalanya musnah dan terpaksa menutup butik di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Tetapi masih juga menerima tempahan dari kawan-kawan & pelanggan-pelanggan yang sudah mengenali Telekung Qasha . Pada tahun 2017, dengan semangat jitu dan gigih walaupun plelbagai onak di lalui, Telekung Qasha bangkit semula dan bertapak di Bangi Sentral, Pusat Bandar Baru Bangi Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Kini, Telekung Qasha fokus pada jualan barang-barang umrah dan pakaian solat khususnyaTELEKUNG .

Telekung Qasha berbangga kerana kemunculan semulanya dibantu oleh anak-anak pengasas yang memegang ijazah perniagaan dari universiti dalam dan luar negara. Mereka yang banyak mencorakkan semula Telekung Qasha dan mahu melihat legasi Telekung Qasha terus maju dan melestarikan impian mereka untuk berjaya di bidang perniagaan dan menjadi usahawan tersohor.